kakimakanz

Saturday, January 2, 2010

Little Penang


Bagi sesiapa yang ingin suasan kopitiam yang santai, boleh mengunjungi Little Penang. Tak perlu pergi sampai ke Penang tapi ada di Curve atau pun di KLCC. Sebenarnya Little Penang ni dah lama jadi salah satu tempat kegemaran kakimakan. Yang paling kakimakan suka ialah fried rice. Tapi, menu fried rice hany ada di outlet Little Penang di The Curve.

salah satu speciality Little Penang ialah Char Koew Teow. Akibat banyak permintaan, selalunya Char Koew Teow dan Fried Rice ni kena tunggu 20 minit. Fried Rice dihidangkan bersama salad, ikan bilis, sambal belacan dan telor goreng. 20 minit menunggu memang berbaloi. Sesiapa yang nak mengunjungi outlet di Curve sila datang awal kerana mereka akan berehat selama satu jam pada pukul 4 dan akan dibuka semula pada pukul 5 petang.

Monday, December 7, 2009

breakfast @ meru


Selepas beberapa aktiviti makan malam, ahad lepas (6/12/2009), RoadRunnerz pi reakfast pulak di meru, kelang. Kali ni kami menyerbu kedai kakak mark seawal pukul 7.30 pagi. Masa tu belum ada orang so kedai tu kami yang 'punya'. makanan pun baru jer hidang so masih panas.Suasana pagi yg masih sejuk buat kami lebih lapar.

Sampai jer rumah parents Mark, kami pun menerjah kedai yang berada di hadapan rumah parents mark. sapa nak tahu direction, pi ke arah shah alam lalu depan jusco dan arah ke klang. lepas tol shapadu, himpit kiri ke arah meru. jalan terus sampai ke kawasan kampung. nampak sign board 'inani, lagi dua tiga umah belah kiri anda akan nampak rumah tangga batu. depan rumah tu ada kedai makan.

Pagi semalam kami mula dengan lontong. kuah lontong ni sedap seehhh...letak sambal sotong dan makan ngan ayam palembang. Tengah makan lontong, dengar lak kakak mark goreng telur dadar...bunyi telur kat kuali tu jer dah cukup menggetarkan jiwa. Lepas lontong, pekena pulak mihun ngan telur goreng.

Cukup ngan 'heavyweight', aku beralih pada lightweight...kuih bakar sulawesi. Kuih ni special skit sebab dibuat dari mashed potato. Sedap beb...

Lepas tu makan lak lempeng ngan kuah sardin...kah kah kah...perut aku sarat giler...

So kalau korang happen to be near the area waktu pagi boleh singgah kat kedai ni. Kedai yang ala ala dulu design ni pasti mengingatkan warung kopi di kampung anda. Kalu takde kampung, boleh lah datang sini kalau nak merasa makan cam kat warung kampung orang.

review:
makanan 4 1/2 bintang
suasana 4 bintang
layanan 5 bintang

overall 4 1/2 bintang

Thursday, November 26, 2009

Qaseh Road Runner


Selasa lepas (24/11/2009) Road Runner pergi lah ke restoran Qaseh, Shah Alam. Sesiapa yang tak biasa, daripada Federal Highway, exit ke arah Shah Alam/Sungai Buloh dan pergi ke arah Stadium, cari Tesco Annex. Restoran ni ada di kawasan rumah kedai belakang Tesco tu, nampak restoran upin & ipin...ha kat belakang lagi...kat corner lot.

Restoran Qaseh ni agak selesa cuma panas kalu duduk kat luar tu panas skit lah...lebih2 lagi kalau ada pelanggan yang nak conquer kipas angin. Tapi kalau anda terjumpa pelanggan macam ni maafkan mereka. Mungkin diorang ni warga kutub utara/selatan yang tak tahan panas. walau apapun, dicadangkan pada owner kedai untuk pasang kipas yang ada air tu (ntah apa namanya). Kalau kedai mamak boleh pasang, kedai lain pun boleh. Tak payah nak fikir nak jimat air, Malaysia ni banyak air sungai dan hujan. Kalau kita boleh membazir air kat rumah dan mencemar sungai dengan sampah dan sisa domestik/industri, kita boleh juga membazir air di kedai.

Okay...sidetracked lah pulak.

Menu ada bermacam jenis. Melayu, western semua ada. Kami pesan sup tulang, sup cendawan, daging goreng kunyit, telur dadar, kerang bakar dan satay. Air kami pesan Qaseh Special dan air jus Pear. Semua makanan sedap2, my personal favorite ialah sup cendawan hi hi hi...Jus Pear tu refreshing gilerz. Next time nak cuba Qaseh Special pulak sebab nampak cam Ribena. Satay pulak lembut dan dicicah ngan kuah kacang yang equally sedap...tak banyak minyak tapi banyak kacang. Telur dadar agak 'gebu' dan kerang bakar pulak dibalut bersama cili dalam aluminium foil sebelum di letak atas kuali.

Separuh proses pemakanan, kami order pulak sambal belacan nak kasi pedas. Lepas tu baru rasa complete menu tu. Semua lauk pun sedap, takde complain...Kalu datang malam, datang awal, sebab semakin malam semakin ramai.

seperti biasa review;
makanan: 4 bintang
suasana: 3 1/2 bintang
layanan: 3 1/2 bintang
keseluruhan : 3 1/2 bintang

Sunday, November 22, 2009

Ikan bakar Pengkalan Balak

Jika anda berada di pengkalan balak Melaka, anda mesti teringatkan ikan bakar. Tempat yang cantik, pantai yang indah, Chalet2 yang menarik dan pelbagai. Terletak dikawasan masjid tanah, Melaka cuma 98 kilometer daripada Kuala Lumpur.

Semalam, kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 3 petang ke Melaka. Hujan renyai2sepanjang jalan melambatkan perjalanan kami. Menggunakan GPS cik Ina, kami berjaya menjejaki kawasan Pengkalan Balak pada pukul 6 petang. Masih awal lagi untuk peniaga makanan memulakan perniagaan. Kami mengambil keptusan untuk 'bersiar2' di bandar Melaka. Kami kembali ke Pengkalan Balak pada pukul 8 malam untuk makan malam.

Gerai pilihan kami ialah 'mpag'(adik beradi jpag agaknya). Tempat yang strategik; tepi pondok polis dan betul2 tepi pantai. Cuaca pula agak sejuk sebab hujan pada belah petang. Meja kami ditepi tebing pantai dan bersilingkan awan. Cuaca agak nyaman dan desiran ombak memukul pantai memang membangkitkan mood pada malam tu..so I thought...

Rupa2 nya ade karaoke set. Lepas sorang2 datang me'nyumbang'kan suara...bising aje lah. menggangu ketenteraman ikan2 kat dalam laut ni. Ikan duyung pun mesti nangis seab tak leh tido malam...ha ha ha. Mungkin pemilik gerai ni tak sedar, kalau nak 'happening' berlambak karaoke outlets or nite club kat KL, tak yah datang pengkalan balak. Orang datang nak menikmati makan malam dalam suasana yang tenang ditemani bunyi ombak dan siulan angin. Bagi kakimakanz pula hanya nak makan ikan bakar, minum coke dan menikmati keindahan dan udara nyaman pantai. Bercakap ttg udara nyaman, ada lah pulak mamat meja sebelah merokok dan menyumbangkan asap rokok secara percuma pada pengunjung2 yang lain. Aiseh..respect lah orang lain weii..aku taknak duduk sebelah katil ko kat hospital untuk barah paru2...

Tiba hidangan, kakimakanz rasa tak lah memenuhi reputasi sebagai magnet ikan bakar...dengan bunyi2 karaoke yang bingit, kakimakanz dah tak selera dah. Kakimakanz tak lah pandai nyanyi dan suara setaraf dgn katak lepas hujan jer tapi yang menyanyi karaoke sepanjang makan malam tu sucks and that sum up the rating of this place.

Saturday, November 21, 2009

Seoul Garden


Jgan terpedaya dengan nama restaurant ni. Bukan kat Korea tapi di Plaza Pantai, Kuala Lumpur.Hanya 5 ke 10 minit dari Bangsar dan sangat accessible sebab Plaza Pantai ni attached dgn station LRT Pantai. So, tak yah nak drive pun ok.

Kami tiba (carol dan kakimakanz) tiba lepas Maghrib. Kira ngam2 lah sebab yg lain dah sampai awal book meja. Kira datang makan terus.

Ada macam2 pilihan lah dari ayam, ikan (keli, patin), sayur, buah, air ice cream etc. Setiap meja ada mangkuk for steamboat dan grill. So boleh pilih lah nak makan cam mana. Sos dia sedap, sesuai ngan makanan dia. Cuma satu jer yg kakimakanz tak gemar sebab mangkuk steamboat dia kecik sangat. tapi for RM40++, berbaloi lah makna kat sini. Cuma make sure makan betul2 tuk justify RM40 tu...

kay...review
makanan 3 1/2 bintang
suasana 3 1/2 bintang
overall 3 1/2 bintang

Wednesday, November 18, 2009

Al Rawsha


Di sebalik jalan Ampang Kuala Lumpur yang sentiasa jam, ada satu tempat yang best. Kalau anda tak tahan jam kat jalan Ampang, susur keluar ke jalan Damai. Memang terbukti kedamaiannya. Ada beberapa rumah yang dah diconvert ke kedai makan dan ada bebrapa kedai makanan arab. Tapi, malam semalam, Road Runners memilih untuk makan di Al-Rawsha.

Ada pelbagai pilihan makanan,tapi perut yang kecik (ehem ehem) membataskan pilihan kami. So kami mengorder Lamb Mandy dan air kopi arab.

Lamb mandy ni ialah nasik yang dimasak dengan specialnyer. berasnyer sebutir2 dan kurang kanji. Kat atas nasik tu ada kambing dipotong2... pergh...makan sekali ngan tomato yang dipotong dadu halus2 dan yogurt. Habis makan, kami minum kopi arab. Kopi ni spesel skit sebab ada campur rempah dan halia. Mula2 rasa memang kelat skit tapi lama kelaman rasa sedap plak.

Kesemua hidangan diatas berharga lebih kurang RM60 sahaja. Tersandar kat kerusi selesa, minum air kopi arab dan berborak ngan kawan2...priceless.

Ok skang kita go to the ratings.
suasana 4 bintang
makanan 4 bintang
layanan 3 1/2 bintang
keseluruhan 4 bintang

Wednesday, November 11, 2009

claypot asam pedas, kg kuantan, kelang


Group Road Runner sekali lagi menyerbu gerai makanan dan kali ini, claypot asam pedas. 30 minit dari Shah Alam, itu sahaja masa yang diperlukan untuk menikmati claypot asam pedas kg kuantan, Kelang Selangor. Yang nak datang, sila bersabar skit sebab kelang ni terkenal ngan jam nyer. Tapi hasil kesabaran anda akan dibalas dgn keenakan ikan keli masak asam pedas..

Ada pelbagai juadah yang disediakan tapi kami tetap memilih ‘competitive advantage’ kedai ni yakni asam pedas. Aku dan Sharifah memilih asam pedas keli dan mark nak asam pedas ikan kembung. makan dgn nasi putih dan telur dadar. Sebagai minuman, aku memilih air belimbing. Dalam kehangatan tgh hari, dapat plak air belimbing sejuk…perg…menyegarkan. Bila sampai jer ikan keli, terus makan tak tgk kiri kanan. Dalam 10 minit sumer licin. Merah2 jugak lah muka aku makan asam pedas tgh2 hari.
Rating (5 bintang markah penuh)
makanan 3 1/2 bintang
suasana 3 bintang
layanan 3 bintang
keseluruhan 31/2 bintang

Berdekatan ngan kedai asam pedas ni ada kedai jual kuih bangkit asli. Yang ni pun korang boleh cuba. Masa nak balik aku adalah nampak banner tulis ttp://www.kgkuantan.com. Agaknyer kalu korang nak info lanjut ttg kg kuantan ni, boleh layari website ni